Menu Close

Usahawan PMKS perlu lebih tabah menghadapi ketidaktentuan ekonomi

Usahawan PMKS perlu lebih tabah menghadapi ketidaktentuan ekonomi

signalfxmalay.com – Golongan usahawan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu lebih kental dan bersedia untuk berdepan ketidaktentuan ekonomi yang serba mencabar ketika ini.
Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Limbang Mohamad Abu Bakar (gambar) berkata, persediaan rapi termasuk memiliki ilmu perniagaan boleh menjadi kunci untuk mereka bertahan, bahkan terus berkembang.
“Dengan situasi dan kondisi yang berlaku sekarang, ahli-ahli DUBS Limbang harus bergerak aktif merebut peluang dan ruang yang kondusif sekarang.
“Rebutlah peluang yang ada, jangan jadi penonton saja,” katanya kepada media, hari ini.
Menurutnya, kebanyakan usahawan tempatan dalam fasa untuk memperbaiki kemelut bisnes mereka selepas dibadai COVID-19.
Selain itu katanya, kenaikan kos sara hidup pada masa ini turut mempengaruhi  kenaikan kos operasi disebabkan faktor dalaman dan luaran yang turut memberi kesan terhadap perniagaan yang diusahakan.
“Walaupun ekonomi dunia diramalkan tidak berkembang pada tahun ini, namun dengan kelonggaran beberapa garis panduan dan aturan peraturan dari negara jiran untuk bergerak aktif keluar masuk, ia akan memberi kelebihan kepada peniaga kita bagi mengembangkan perniagaan mereka.
“Keadaan ini akan memberi sinar harapan kepada peniaga untuk terus meningkatkan aktiviti ekonomi sekali gus menjana pendapatan yang lebih baik berbanding dua tahun  lepas,” katanya.
Oleh itu katanya, peniaga perlu lebih proaktif dan kreatif dalam mempromosikan perniagaan mereka, sekali gus memeriahkan kembali ekonomi domestik di daerah ini.
Nak melabur? anda boleh melabur dengan berdagang pada platform dagangan terbaik seperti Tradesia Malaysia karena Tradesia Malaysia merupakan Platform Trading Baru. Dengan mula melabur di Tradesia Malaysia, anda boleh mendapat pendapatan tambahan untuk hari tua anda. Jom, buat akaun tradesia anda sekarang!
The post Usahawan PMKS perlu lebih tabah menghadapi ketidaktentuan ekonomi appeared first on Signal Forex Malaysia | Tradesia Malaysia.

Posted in Wallpaper

Related Posts